Sabtu, 26 April 2014

Lakaran

 Lakaran awal brochure.

Lakaran untuk menghasilkan mockup terakhir dengan ukuran asal (tidak 100%  tepat) dan ukuran yang dikecilkan.

Jumaat, 25 April 2014

Ujikaji Reflective Sticker




Pada kali ini kumpulan kami telah pergi mencuba keberkesanan reflective sticker pada waktu malam. Jadi kami telah mencuba di kawasan Taman Pekaka. Walaupun telah disoal siasat oleh polis peronda (sebab dah lewat malam), kami tetap meneruskan percubaan. Hasilnya agak kurang memuaskan kerana keadaan jalan yang agak luas dan terdapat banyak sumber cahaya. Oleh itu kami sepakat untuk cuba di kawasan lain.
Lokasi seterusnya ialah dalam USM, kawasan Rumah Tetamu memandangkan kawasan ini sahaja yang sesuai untuk membuat ujikaji kerana beberapa faktor. Walaupun sudah pukul 2 pagi kami tetap meneruskan kajian sambil melihat keindahan malam. Hasil kajian kami memuaskan.

 Sekadar gambar hiasan di waktu malam dari USM

Keesokan hari kami telah mencuba reflective sticker di tempat yang sama untuk mendapatkan hasil keberkesanan pada waktu siang. Hasilnya sangat memuaskan.

Dari ujikaji yang telah dilakukan, pada waktu malam tulisn di sticker ini dapat dilihat dalam lingkungan 10 meter kerana pantulan terus cahaya dari kenderaan ke sticker menyebabkan sticker tersebut memantulkan semula cahaya yang sangat kuat sehingga tulisan tidak jelas manakala pada waktu siang dapat dilihat dalam lingkungan 20 meter kerana tiada pantulan terus ke sticker

Sabtu, 19 April 2014

Lakaran Peta


Menggunakan Adobe Illustrator untuk dimasukkan dalam brochure

Mockup kedua


Mockup seterusnya dengan menggunakan botol plastik dan paip telah diterima dengan baiknya walaupun pada awalnya menyangka akan dikritik lagi...

Jumaat, 18 April 2014

Mockup Pertama




Semalaman tidak tidur untuk menyiapkan mockup. Ingatkan sudah proceed tetapi malang tidak berbau.
Mockup yang dihasilkan tidak diterima malah dikritik habis-habisan kerana mockup yang tidak sama dengan bentuk asal. Padan muka buat kerja last minute.

Selasa, 1 April 2014

Maksud "Happiness"





Pengenalan Happiness Project

"Happiness Project" merupakan satu tugasan dalam kursus Komunikasi Visual. Tugasan ini akan dibuat di bandar Georgetown. Bandar Georgetown dipilih kerana terdapat banyak sejarah dan keunikan tempat tersebut selain berdekatan dengan USM.