Khamis, 22 Mei 2014

Hari Pameran Projek Dan Komen Mengenai Projek Ini

Akhirnya minggu ke-14 sudah tiba. Semua kumpulan telah mempamerkan hasil projek masing-masing setelah menempuh selama 14 minggu untuk menyiapkan projek. 

 Wajah-wajah ceria setelah puas menyiapkan projek.

 Group leader yang terlebih teruja. Tanpa "beliau" tak boleh siap kerja.....
 Bersama-sama ahli kumpulan sambil mengayakan baju kumpulan


Antara pameran projek dari beberapa kumpulan lain.

Projek ini banyak memberi pengajaran kepada saya. Perkara yang paling penting adalah semasa bekerja dalam kumpulan, kita perlu tahu sifat-sifat yang ada dalam ahli kumpulan supaya tidak berlaku konflik semasa melakukan kerja dan juga perlu berfikiran positif sesama ahli kumpulan. Selain itu, jangan mudah berputus asa dalam menjalankan projek walaupun direject banyak kali kerana dari situ kita dapat tahu kelemahan yang ada dan dapat tahu perkara yang perlu kita lakukan. 

Isnin, 12 Mei 2014

Proses Penghasilan Mockup Terakhir dan Bahan-bahan Lain Untuk Pameran







 Proses menghasilkan bahan pameran (lukisan)

Proses membersihkan mockup sebelum diwarnakan

Berselfie dulu sebelum memulakan kerja




 Proses mewarna mockup (spray)

Mockup yang sudah diwarna dan siap sedia untuk proses terakhir (memasang papan tanda)



 Mockup yang sudah siap

Jumaat, 9 Mei 2014

Mencari reflective sticker

Syarikat Libraco
 TSE Supplier

 Syarikat Perniagaan Hong Leong

Syarikat Duriemas (Sg Dua)

Antara tempat-tempat mencari reflective sticker. Seksa sungguh nak cari..

Isnin, 5 Mei 2014

Proses Penghasilan Mockup 2

Setelah bahagian tiang untuk mockup hampir siap (80%), operasi seterusnya adalah membuat dan memotong huruf di atas sticker warna yang merupakan bahan kajian dan untuk dijadikan pameran pameran pada minggu ke-14.  



 Tulisan akan diprint di kertas A4 dan akan dipotong tulisan tersebut untuk ditekap pada sticker warna. Cara ini sangat lambat kerana kami terpaksa buat kerja dua kali. (potong atas kertas A4 kemudian potong atas sticker warna selepas ditekap). 


 Huruf yang dipotong pada sticker warna.



Setelah memikirkan cara untuk memotong huruf pada sticker warna dengan cara yang mudah dan cepat akhirnya timbul idea untuk print terus huruf pada sticker warna. Pada mulanya huruf diprint pada bahagia depan sticker (bahagian berwarna) tetapi cara ini juga agak memakan masa kerana perlu menunggu tulisan tersebut kering kerana permukaan sticker yang licin. Setelah berfikir sejenak maka saya mendapat ilham untuk print huruf pada bahagian belakang sticker dengan cara menterbalikan ejaan dan huruf (seperti pantulan ejaan dan huruf pada cermin).



 Dan inilah hasilnya. Cepat, mudah dan lebih kemas.

 Seterusnya adalah melekatkan sticker warna ke reflective sitcker.
Reflective sticker dibasahkan dengan air sabun untuk memudahkan sticker warna dilekat dengan kemas.


Sticker warna yang telah dilekat dengan reflective sticker.

Sabtu, 3 Mei 2014

Proses Penghasilan Mockup

Setelah bahan-bahan untuk membuat mockup sudah ada, maka operasi untuk membuat mockup untuk dijadikan pameran pada minggu ke-14 telah bermula.

 Proses memotong dan meratakan paip (untuk dijadikan tiang)

 Bahagian hujung tiang yang siap dibentuk memgunakan paper clay




 Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat mockup


Bahagian nama untuk mockup yang sudah siap.