Akhirnya minggu ke-14 sudah tiba. Semua kumpulan telah mempamerkan hasil projek masing-masing setelah menempuh selama 14 minggu untuk menyiapkan projek.
Wajah-wajah ceria setelah puas menyiapkan projek.
Group leader yang terlebih teruja. Tanpa "beliau" tak boleh siap kerja.....
Bersama-sama ahli kumpulan sambil mengayakan baju kumpulan
Antara pameran projek dari beberapa kumpulan lain.
Projek ini banyak memberi pengajaran kepada saya. Perkara yang paling penting adalah semasa bekerja dalam kumpulan, kita perlu tahu sifat-sifat yang ada dalam ahli kumpulan supaya tidak berlaku konflik semasa melakukan kerja dan juga perlu berfikiran positif sesama ahli kumpulan. Selain itu, jangan mudah berputus asa dalam menjalankan projek walaupun direject banyak kali kerana dari situ kita dapat tahu kelemahan yang ada dan dapat tahu perkara yang perlu kita lakukan.

































