Setelah bahagian tiang untuk mockup hampir siap (80%), operasi seterusnya adalah membuat dan memotong huruf di atas sticker warna yang merupakan bahan kajian dan untuk dijadikan pameran pameran pada minggu ke-14.
Tulisan akan diprint di kertas A4 dan akan dipotong tulisan tersebut untuk ditekap pada sticker warna. Cara ini sangat lambat kerana kami terpaksa buat kerja dua kali. (potong atas kertas A4 kemudian potong atas sticker warna selepas ditekap).
Huruf yang dipotong pada sticker warna.
Setelah memikirkan cara untuk memotong huruf pada sticker warna dengan cara yang mudah dan cepat akhirnya timbul idea untuk print terus huruf pada sticker warna. Pada mulanya huruf diprint pada bahagia depan sticker (bahagian berwarna) tetapi cara ini juga agak memakan masa kerana perlu menunggu tulisan tersebut kering kerana permukaan sticker yang licin. Setelah berfikir sejenak maka saya mendapat ilham untuk print huruf pada bahagian belakang sticker dengan cara menterbalikan ejaan dan huruf (seperti pantulan ejaan dan huruf pada cermin).
Dan inilah hasilnya. Cepat, mudah dan lebih kemas.
Seterusnya adalah melekatkan sticker warna ke reflective sitcker.
Reflective sticker dibasahkan dengan air sabun untuk memudahkan sticker warna dilekat dengan kemas.
Sticker warna yang telah dilekat dengan reflective sticker.
















Tiada ulasan:
Catat Ulasan